Monday, 25 November 2013

Menjejak Dunia Fana'

http://www.youtube.com/watch?v=2YCQxrCOPlQ
http://www.youtube.com/watch?v=IiffNEuR6pQ

    Hye ! Entri ni berbentuk ermmm cerita kehidupan aku dan sikit ilmu sirah :) Mungkin kisah kelahiran aku taklah sehebat semeriah seheboh kelahiran Prince George. Ceh, haha sapa tu ? Tanya diri masing-masing, tahu tak macam mana detik-detik kelahiran diri kita? hehe, kalau tak tahu, tanyalah pada parents atau family.. Seronok kalau dapat tahu !

haha, kenal? Inilah hero.
     Aku lahir 10 april 1997, jam 1.41 pagi kat Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang.. Aku lahir dengan berat 3.6kg. Aku lahir bukan ikut cara yang selalu tu, tapi pembedahan. Ada sesiapa yg sama nasib ? Geng ! Nak dijadikan cerita, mama aku pernah post video orang bersalin cara operation tu kat aku, nak buat aku touching sikit. Haha.

  Lepas genap betul-betul 40 hari, nenek jaga aku. Sebab, mama yang baru lepas pantang tu nak habiskan belajar. So, mulalah hidup aku di bawah nenek. Nenek kata kalau aku nangis, nenek selalu kena tawaf rumah naik turun tangga banyak kali baru diam, dahlah senang nangis, susah nak berhenti pula.. Itulah ceritanya..

Nenek dan penulis. Comel kan ? bukan penulis, nenek tu..
Sampai sekarang pn, nenek still jaga masak utk aku.
  Sikit prkongsian keputeraan kekasih Allah swt, Nabi Muhammad saw. Banyak perkara luar biasa (Irhas) yang berlaku pada Nabi sendiri atau pada orang sekeliling, sama ada sebelum kelahiran, semasa kelahiran juga selepas kelahiran baginda. Serba sedikit kisahnya telah tercoret abadi dalam lagu Nabi Anak Yatim dari kump Raihan (link kat atas tadi).

   Ayahandanya Abdullah sebelum mengahwini Aminah dikatakan wajahnya terpancar cahaya yang gilang gemilang, kerana dalam sulbinya ada benih yang menanggung insan yang bakal menjadi rasul yang paling bongsu, sehinggakan ramai wanita yang menggilai Abdullah.

     Sehingga Abdullah mengahwini Aminah, cahaya itu berpindah pula ke Aminah. Ada ahli kitab wanita yang mengatakan, sebelum Abdullah berkahwin, dia terlampau inginkan Abdullah sebagai suami tetapi selepas berkahwin, hilang benar niatnya itu. SubhanAllah..

     Antara yang lain, api biara suci Majusi yang tak pernah terpadam selama beribu-ribu tahun terpadam ketika baginda lahir, istana mahligai kerajaan Kisra runtuh, Mekah dan seisi alam bercahaya suci dan lain-lain lagi. Sekian saja, terima kasih !

*sedikit info diambil dari blog-blog berkaitan.

No comments:

Post a Comment